BERITA

SERIAN KEKAL 70 PERATUS MUKA LAMA

KIRA-KIRA 70 peratus pemain Serian dikekalkan bagi mengharungi musim baharu Liga Bolasepak Rakyat (LBR) 2017/2018 yang bermula 8 September ini. Naib juara musim 2016/2017 itu dijangka menyerapkan semula majoriti pemain itu dalam senarai 25 hingga 30 pemain yang akan didaftarkan dalam LBR. Pengurus pasukan Serian, Philip Jabu berkata, persiapan mereka yang sudah dimulakan berjaya menarik […]

GUA MUSANG JUARA LBR MUSIM 2016/2017

PERATURAN kelebihan jaringan gol ditempat lawan nyata memberi manfaat besar buat Gua Musang apabila berjaya merangkul gelaran kejuaraan Liga Bolasepak Rakyat 2016/2017 selepas menewaskan Serian pada aksi Akhir II di Stadium Petra Jaya, Kuching, Ahad lalu. Gua Musang yang hadir tanpa bekalan selepas kecundang 0-1 pada aksi Final I di Kota Bharu, Kelantan 13 Mei […]

SERIAN KEJUTKAN GUA MUSANG DI KOTA BHARU

KOTA BHARU: Jaringan tunggal Mahadi Razak membawa Serian menghampiri kejuaraan Liga Bola Sepak Rakyat 2016/2017 walaupun belum cukup selesa apabila menang tipis 1-0 terhadap Gua Musang dalam perlawanan akhir I di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, semalam.   Rembatan Mahadi hasil umpanan Naim Drahman pada minit ke-48 itu memberikan kelebihan modal satu gol di […]

GUA MUSANG SASAR 2-0, SERIAN HILANG BEK TENGAH

KUALA LUMPUR: GUA Musang mendapat semula kesebelasan terbaiknya bagi menghadapi perlawanan akhir pertama Liga Bolasepak Rakyat (LBR) 2016/2017 menentang Serian, esok, kecuali penjaga gol utama, Zulfazli Zawawi yang perlu berehat akibat kecederaan leher. Posisi pemain itu yang tercedera dalam separuh akhir pertama lalu, diambil alih  pelajar berusia 17 tahun, Alif Haikal Mahadi manakala penjaring terbanyak, […]

CHERAS RAMAL GUA MUSANG, KENINGAU PILIH SERIAN

KUALA LUMPUR: Ada yang memilih Gua Musang. Ada pula yang meramal Serian.   Jurulatih Cheras, Shamsudin Ismail meramalkan Gua Musang bakal bergelar juara Liga Bolasepak Rakyat (LBR) 2016/2017 manakala rakan sejawatannya di Keningau, Sueli Apin menjadikan Serian sebagai pilihannya.   Shamsudin berkata: “Gua Musang, Kelantan akan muncul juara dengan menewaskan Serian 2-1 (dalam perlawanan akhir […]

SERIAN, GUA MUSANG BERENTAP FINAL LBR

SERIAN mengikut jejak juara musim lalu senegeri, Kuching mara ke perlawanan akhir Liga Bolasepak Rakyat (LBR) 2016/2017 selepas menundukkan Bachok 2-1 dalam separuh akhir kedua di Padang IKBN, Kampung Tangok, Bachok, Sabtu lalu. Pelawat dari Sarawak ini menang secara agregat 4-2 (2-1 minggu lalu) sekali gus akan menentukan siapa juara musim kedua LBR dengan Gua […]

SERIAN TOLAK TAKTIK BERTAHAN

SERIAN tidak mahu mempamerkan corak bertahan sepenuh masa hanya semata-mata untuk meraih keputusan seri yang mencukupi bagi menjamin tempat ke final Liga Bolasepak Rakyat (LBR) 2016/2017. Sekalipun hanya perlu seri di Padang IKBN, Bachok, pada separuh akhir kedua Sabtu ini, Rozaini Romainor percaya taktik itu hanya lebih mendedahkan mereka dengan risiko kekalahan yang mengecewakan. “Bertahan […]

KENINGAU SEDIA GEMPUR GUA MUSANG

KUALA LUMPUR: Keningau tidak rela dihukum lagi dengan kesilapan sendiri gara-gara gementar dan disiplin longgar mereka sehingga kecundang bagi perebutan tiket final Liga Bolasepak Rakyat (LBR) 2016/2017 di Gua Musang, Sabtu ini. Dua faktor itu wajar menjadi pengajaran penting skuad bimbingan Sueli Apin ini yang perlu memburu kemenangan sekurang-kurangnya 2-0 pada separuh akhir kedua di […]

GUA MUSANG KHUATIR KECEDERAAN PENJAGA GAWANG

STATUS Zulfazli Zawawi sama ada boleh bermain atau tidak dalam separuh akhir kedua Liga Bolasepak Rakyat (LBR) 2016 banyak bergantung kepada rawatan susulan doktor tempatan. Jurulatih Gua Musang, Ruhaled Ab. Hamid juga tidak menolak kemungkinan penjaga gol utama itu yang tercedera ketika menentang Keningau dalam separuh akhir pertama, Sabtu lalu, digantikan antara dua lagi rakan […]

SERIAN ‘BERNAFAS DALAM LIKU’

SERIAN hanya dapat menarik sedikit nafas lega kerana belum lagi selesa selepas mengatasi Bachok dengan tipis 2-1 dalam separuh akhir pertama Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) 2016-2017, pada Ahad. Dua jaringan penjaring terbanyak tuan rumah, Mohamad Hadera Bakri pada minit ke-52 dan 88 di Kompleks Sukan Serian, Sarawak, belum menjamin tiket ke final, sebaliknya masih […]