ZON

  1. Pertandingan ini dibahagikan kepada 8 zon. Setiap zon dianggotai 2 negeri kecuali Borneo. Pembahagian zon boleh berubah mengikut penyertaan negeri-negeri.
     ZON  NEGERI
     Utara  Perlis & Kedah
     Barat  P.Pinang & Perak
     Tengah 1  Selangor & Pahang
     Tengah 2  K. Lumpur & N. Sembilan
     Selatan  Melaka & Johor
     Timur  Kelantan & Terengganu
     Borneo 1  Mengikut Daerah (ditentukan oleh PBN Sabah) dan Labuan
     Borneo 2  Mengikut bahagian
  2. Setiap Negeri/Zon akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan bergantung kepada jumlah penyertaan pasukan
  3. Setiap kumpulan boleh mempunyai maksima 8 pasukan dan minima 4 pasukan dan akan ditentukan kumpulannya oleh Jawatankuasa LBR
  4. Penentuan pasukan ke dalam kumpulan hendaklah diundi seperti yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa LBR dan ianya adalah MUKTAMAD
  5. Setiap perlawanan peringkat kumpulan adalah dijalankan secara “Liga Timbal Balik”
  6. Kelayakan ke peringkat Kebangsaan :
    • Zon mempunyai 2 kumpulan
    • Juara kumpulan layak secara automatic mewakili zon
    • Zon mempunyai 3 kumpulan
    • Juara setiap kumpulan akan bermain secara ‘play-off’ untuk mendapatkan2 pasukan terbaik bagi mewakili zon.
    • Zon mempunyai 4 kumpulan
    • Juara kumpulan akan bermain dengan Juara kumpulan lain (mengikut undian) secara timbal-balik.
    • Zon melebihi 4 kumpulan akan ditentukan oleh LBR.