KEBANGSAAN

(A) Kumpulan
  1. Pasukan yang layak akan dibahagikan kepada empat ( 4 ) kumpulan yang dianggotai oleh empat ( 4 ) pasukan setiap kumpulan melalui undian.
  2. Dijalankan secara Liga Timbal Balik
  3. Penentuan pasukan yang layak ke Peringkat Suku Akhir adalah seperti susunan berikut :
    • Mata tertinggi
    • Perbezaan jaringan gol terbanyak ( goal difference )
    • Jumlah jaringan gol terbanyak ( goal scored )
    • Keputusan perlawanan dalam kumpulan antara pasukan terbabit ( keputusan perlawanan awal ).
    • Lentingan syiling
(B) Suku Akhir
  1. Juara dan Naib Juara setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir.
    Suku Akhir 1 (Juara Kumpulan A) lwn (Naib Juara Kumpulan C)
    Suku Akhir 2 (Juara Kumpulan B) lwn (Naib Juara Kumpulan D)
    Suku Akhir 3 (Juara Kumpulan C) lwn (Naib Juara Kumpulan A)
    Suku Akhir 4 (Juara Kumpulan D) lwn (Naib Juara Kumpulan B)
  2. Dijalankan secara Timbal Balik.
  3. Penentuan Pasukan yang layak ke Peringkat Separuh Akhir adalah seperti berikut :
    • Keputusan agregat, jika seri ;
    • Jaringan gol ditempat lawan dikira berganda, jika seri ;
    • Masa tambahan, jika seri ;
    • Sepakan dari tanda penalti akan diguna pakai bagi menentukan pemenang.
(C) Separuh Akhir
  1. Juara dari Peringkat Suku Akhir akan layak ke peringkat Separuh Akhir :
    Separuh Akhir 1 PEMENANG SUKU AKHIR 1 lwn PEMENANG SUKU AKHIR 2
    Separuh Akhir 2 PEMENANG SUKU AKHIR 3 lwn PEMENANG SUKU AKHIR 4
  2. Dijalankan secara Timbal Balik.
  3. Penentuan Pasukan yang layak ke Peringkat Akhir adalah seperti berikut :
    • Keputusan agregat, jika seri ;
    • Jaringan gol ditempat lawan dikira berganda, jika seri ;
    • Masa tambahan, jika seri ;
    • Sepakan dari tanda penalti akan diguna pakai bagi menentukan pemenang.
(D) Akhir
  1. Pemenang dari peringkat Separuh Akhir akan layak ke Perlawanan Akhir :
    Akhir PEMENANG SEPARUH AKHIR 1 lwn PEMENANG SEPARUH AKHIR 2
  2. Dijalankan secara Timbal Balik atau sepertimana diputuskan oleh LBR.
  3. Penentuan Pemenang Perlawanan Akhir adalah seperti berikut :
    • Keputusan agregat, jika seri ;
    • Jaringan gol ditempat lawan dikira berganda, jika seri ;
    • Masa tambahan, jika seri ;
    • Sepakan dari tanda penalti akan diguna pakai bagi menentukan pemenang.

(Perlawanan Akhir diwajibkan bermain di stadium)