MIRI SIAP SEDIA, MUKAH ENGGAN TERTEKAN

Miri memulakan sesi latihan taktikal sejak Isnin lalu sebagai persiapan menghadapi Mukah di Stadium Mukah pada Sabtu in

Bagi  merealisasikan impian tiga mata di gelanggang lawan, persiapan rapi telah dirangka dengan beberapa variasi  pelan taktikal mengikut situasi semasa, keadaan cuaca dan gerak kerja pasukan lawan

Pengurus pasukan, Mike James Ugil berkata, sememangnya tiada jalan mudah untuk anak buahnya merealisasikan impian mengutip  mata penuh.

“Kita tiada pilihan melainkan kerja keras dan kebijaksanaan merangka pelan taktikal serta menterjemahkannya dalam perlawanan sebenar.

“Justeru itu, gerak kerja berkumpulan di dalam padang mesti difahami dengan baik sama ada semasa bertahan ataupun ketika menyerang,” katanya kepada Unit Media LBR

Jelas Mike, mereka juga turut mengharapkan pemain bijak dan memahami dengan baik apakah kemahuan jurulatih untuk sesuatu sistem itu dimainkan

“Setakat ini ‘system of play’ yang diterapkan oleh jurulatih berjaya diterjemahkan dengan baik oleh pemain.

“Ada beberapa aspek mesti dipertingkatkan lagi terutamanya sentuhan penyudah yang melibatkan pemasaan dan ketenangan di dalam kotak penalti,” katanya

Nada sama disuarakan jurulatihnya, Mohd Hakimi Man yang menagih pemain  Miri menunjukkan prestasi terbaik pada perlawanan itu nanti

“Semoga apa yang kita usahakan membuahkan hasil dan keyakinan meninggi untuk mencatat kemenangan kedua dapat dilihat dengan kerja keras semua ahli pasukan di padang latihan.

“Tumpuan dan fokus ketika di padang menjadi inti pati untuk kita berjaya,” katanya

Dia juga optimis pemainnya cukup  bersedia daripada segi mental dan fizikal alam kunjungan ke Mukah

“Kita tidak sabar untuk berkunjung di sana kerana suasana gempa gempita penyokong fanatik Mukah amat menghidupkan suasana perlawanan. Sememangnya suasana tersebut amat kami rindui dan kami pasti akan menyajikan aksi terbaik untuk  tatapan peminat bola sepak di Mukah,” katanya. 

Sementara itu, pengurus Mukah, Herman Bong Kuit Chong enggan tertekan dengan serangan psikologi pihak lawan dan mereka lebih menumpukan aspek kecergasan serta stamina pemain

“Pasukan berada dalam keadaan 100 peratus sedia dan kecergasan semua pemain adalah di tahap terbaik.

“Cuma ada seorang pemain tonggak pasukan di bahagian pertahanan tidak akan beraksi pada pertemuan menentang Miri nanti,” katanya

Zon Sarawak

Kumpulan C

Mukah lwn Miri

Stadium Mukah, Padang MDDM / 4.45 Petang

Keterangan Gambr M1 : Kesebelasan utama Miri