GUA MUSANG SASAR 2-0, SERIAN HILANG BEK TENGAH

KUALA LUMPUR: GUA Musang mendapat semula kesebelasan terbaiknya bagi menghadapi perlawanan akhir pertama Liga Bolasepak Rakyat (LBR) 2016/2017 menentang Serian, esok, kecuali penjaga gol utama, Zulfazli Zawawi yang perlu berehat akibat kecederaan leher.

Posisi pemain itu yang tercedera dalam separuh akhir pertama lalu, diambil alih  pelajar berusia 17 tahun, Alif Haikal Mahadi manakala penjaring terbanyak, Wan Mohamad Khaizuran Wan Zulkipli, akan kembali daripada penggantungan perlawanan.

“Gua Musang bebas daripada sebarang kecederaan pemain untuk final pertama LBR, esok. Wan Khaizuran juga boleh bermain selepas tamat penggantungan dalam separuh akhir kedua dengan Keningau (dimenangi Gua Musang 1-0).

“Dia akan kembali bergandingan dengan Azizul Hakimi Rosdin,” kata jurulatih Gua Musang, Ruhaled Ab. Hamid menjelang pertembungan dengan pelawat dari Sarawak itu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Mengenai Serian, katanya, skuad bimbingan Rozaini Romainor yang mengatasi jiran Kelantan, Bachok dalam separuh akhir secara agregat 4-2, mempunyai kekuatan seimbang dengan anak-anak buahnya.

“Gua Musang meletakkan misi mesti menang dengan 2-0 sekurang-kurangnya. Kami juga perlu buru gol awal dalam final di sini (sebelum ke Stadium Negeri,Petra Jaya, Kuching, 21 Mei ini bagi final kedua),” katanya.

Sementara itu, Rozaini berkata, hanya bek tengah utama, Rahman Adam yang bakal terlepas aksi di Kota Bharu kerana sudah mengumpul dua kad kuning namun Serian masih sukar mencari pengganti yang setandingnya.

“Tanpanya, saya masih memantau beberapa calon gantian namun segala percaturan taktikal kami tidak akan banyak berubah,” katanya yang pasukannya kian hampir untuk mengulangi kejayaan jiran, Kuching sebagai juara LBR, musim lalu.

BARISAN KEMUNGKINAN

Gua Musang: Muhammad Alif Haiqal Mahadi, Mohd. Hanafiah Mat Rashid, Nirzamri Mat Jusoh, Muhammad Izzudin Hussain, Azri Saifuddin Arifin, Azli Mat, Erham Che Ibrahim, Suhaidi Azhar Mohamad, Syakir Mat Te, Wan Mohd. Khaizuran Wan Zulkipli, Azizul Hakimi Rosdin.

Serian: Rizal Ahmad, Muhammad Nur Marwan, Paul Sambang, Naim Drahman, Mohamad Hadera Bakri, Mohamad Shukri Ahmad, Mahadi Razak, Ikhwan Izzat Jamaludin, Shahrul Abd. Malek, Hasrol Mantong, Abbel Akwensivie.

Jadual LBR 2016-2017

13 Mei (Perlawanan Akhir I)

Gua Musang lawan Serian

(Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan, 9 malam)

21 Mei (Perlawanan Akhir II)

Serian lawan Gua Musang

(Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching, Sarawak, 8.45 malam)

LALUAN KE FINAL LBR

Gua Musang

Kumpulan 1 Zon Timur (Kelantan/Terengganu)

KUALA NERUS 1 GUA MUSANG 2

GUA MUSANG 2 KEMAMAN 1

PASIR MAS 1 GUA MUSANG 4

PASIR PUTEH 0 GUA MUSANG 1

GUA MUSANG 0 KUALA NERUS 1

GUA MUSANG 4 PASIR MAS 1

GUA MUSANG 1 PASIR PUTEH 1

KEMAMAN 3 GUA MUSANG 1

Play-off (Zon Timur)

GUA MUSANG 4 BACHOK 1

SETIU 1 GUA MUSANG 3

Kumpulan B Peringkat Kebangsaan

GUA MUSANG 3 MANJUNG 1

JEMPOL 1 GUA MUSANG 1

MUADZAM SHAH 0 GUA MUSANG 1

GUA MUSANG 3 JEMPOL 1

GUA MUSANG 4 MUADZAM SHAH 1

MANJUNG 2 GUA MUSANG 1

Suku akhir

GUA MUSANG 2 CHERAS 2

CHERAS 2 GUA MUSANG 3

(agregat 5-4)

Separuh akhir

KENINGAU 2 GUA MUSANG 3

GUA MUSANG 1 KENINGAU 0

(agregat 4-2)

SERIAN

Kumpulan 3 Zon Borneo 2 (Sarawak)

SAMARAHAN 0 SERIAN 6

SERIAN 1 KUCHING 1

SERIAN 3 SRI AMAN 1

SERIAN 4 SAMARAHAN 0

KUCHING 1 SERIAN 2

SRI AMAN 1 SERIAN 1

Play-off (Zon Borneo Sarawak)

SERIAN 4 LIMBANG 0

KAPIT 2 SERIAN 0

Kumpulan C Peringkat Kebangsaan

LIMBANG 0 SERIAN 0

SERIAN 2 LABUAN 1

SERIAN 4 LIMBANG 0

LABUAN 1 SERIAN 0

KENINGAU 1 SERIAN 1

SERIAN 2 KENINGAU 1

Suku akhir

SERIAN 1 KANGAR 0

KANGAR 0 SERIAN 0

(agregat 1-0)

Separuh akhir

SERIAN 2 BACHOK 1

BACHOK 1 SERIAN 2

(agregat 4-2)